Sunday, July 4, 2010

KENANGAN

WAWASAN

Bismillah walhamdulillah..siapa kawan siapa sahabat siapa teman? sama atau berbeza?
bezanya cuma dari istilah, jadi bagi saya sahabat atau kawan sama saja definisinya, iaitu mereka yang sentiasa berada di sisi di mana saja kita berada..mereka yang berada bila kita memerlukan, mendengar bila kita bercakap, menolong bila kita memerlukan..


bersahabat memerlukan masa mengenali warna warni dalam hati, fikiran dan perbuatannya.. salah pilih binasa kita..kerana sahabat adalah cerminan diri kita..


bila memilih sahabat hendaklah yang baik, bagaimana pula jika ade sahabat yang kurang baik hendak berkawan dengan kita?..hendak menyambut salam perkenalan takut diri terpengaruh, hendak menolak akan dikatanya sombong..


kita sepertimana mereka mengenali diri kita, juga mampu memantulkan bayangan kita kepadanya..


situasi begini boleh kita contohi resmi ikan, walau laut yang masin namun tidak mampu menghidratkannya, walau laut yang tawar tidak sesekali meletupkan dirinya..jadi bijaklah kita menyesuaikan diri, jangan kita berubah kerana suasana yang tidak baik, tapi jadilah kita sebagai pengubah ke arah suasana yang lebih membina..


oleh itu, walau di mana sekalipun kita dicampakkan, walau di terengganu kita berada atau di sarawak kita diterbangkan, insyaallah kalau kita meniru resmi ikan kita pasti akan menjadi orang yang berjaya..jangan difikirkan sehingga membebankan diri sendiri terhadap apa yang bakal berlaku, sesuatu yang tidak dapat kita tentukan, tapi hadapilah dengan penuh semangat dan berani..

umat islam harus cemerlang..
hari ini mesti lebih baik dari semalam..
jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh..
kita ada Allah Maha Kuasa..
kita punya kuasa tenaga..
doa sebagai senjata..
umat Islam sentiasa BOLEH..

P/S: 14 hari membilang hari, SARAWAK pasti berbeza..