Thursday, July 30, 2009

Amar Ma'ruf nahi Mungkar


Bismillah walhamdulillah..kagum aku pada sang penyampai pengisian bertajuk "Amar ma'ruf nahi mungkar"..dalam tenang namun penyampaiannya sgt berisi..

tugas setiap umat ISlam berdasarkan dalil dari surah al-Imran ayat 110 ialah amr ma'ruf nahi mungkar,
Khalifah Umar al-Khattab megatakan bahawa "kita xkan mmpu mnjadi umat yg terbaik, kecuali kita kotakan 3 prinsip"

1. menyeru yang makruf
2. mencegah kemungkaran
3. melakukan perkara yang berteraskan keimanan kepada Allah- kerana kita memerlukan kekuatan utk mnjalankan amar ma'ruf nahi mungkar

adakah umat yg terbaik ialah bani israel yang diturunkan manna wassalwa? (al-Baqarah)
atau adakah umat yang terbaik ialah umat yang mampu memahat gunung untuk didirikan kediaman?(al-A'raf)

jawapannya, umat yang terbaik ialah umat Nabi Muhammad SAW..kita lah tu..namun, adakah kita menjadi umat yang terbaik??renung2 dan fikirkan wahai aku dan sahabat..

cerita akh Muhajirih lagi, Allah mewahyukan kepada nabi Yusya bin Nun

"Malaikat datang kepada Nabi Yusya dan mengatakan kami nak musnahkan 40 ribu umat yang baik-baik dan 60 ribu umat yang jahat-jahat, kemudian bertanya Nabi Yusya kenapa kamu mahu memusnahkan 40 ribu orang yang baik-baik? jawab malaikat kerana orang yang baik-baik ini mereka makan bersama orang yang jahat dan mereka tidak murka kepada perkara-perkara kemungkaran yang dilakukan"


jadi, mari kita sama2 insafi, kalu Allah nak turunkan bala, xkira sama ada beriman atau x sumenya akan dapat..kalupun kita xberbuat maksiat tapi adakah kita cuba menghalang , membasmi atau menegur kemaksiatan yang ada berhampiran kita?

Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman.”

patut menjadi kebimbangan kepada kita, jgn kita rasa selamat, tenang bila kita ada sedikit iman dalam diri sedang danga bay ada sure heboh, sedang UTM ada Battle of the Band bla,bla..

contoh yg masih segar di ingatan sume orang ialah Tsunami pd Dis 2004, bala yang Allah timpakab terkena pada sume orang, xkira jahat mahupun soleh, xtinggalkan mahupun sedikit..


dan kita patut amik pengajaran daripada peristiwa yang ada dirakam dalam Al-Quran tentnag kaum lut yang homoseksual, Allah lingkupkan bumi sehingga terbenam di dalam perut bumi..dan kisah kaum nabi Nuh yang tidak beriman kepada Allah dimusnahkan dalam banjir yang besar..

Kehidupan kita di dunia ini bukanlah hanya seorang diri kita sahaja, tetapi turut merangkumi masyarakat sekeliling kita. Masyarakat adalah ibarat penumpang yang sam-sama dalam perjalanan kita untuk sampai ke pelabuhan. Baik buruknya masyarakat sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada perjalanan kita.

Sabda rasulullah SAW , "Perumpamaan orang yang berdiri pada batasan Allah dan yang jatuh di dalamnya adalah seumpama satu kumpulan yang menaiki bahtera. Setengahnya berada di di bahagian atas bahtera manakala sebahagian yang lain berada di bahgian bawah. Mereka yang berada di bawah, apabila ingin mendapatkan air maka melalui orang-orang yang berada di atas. Mereka berkata: Apakata kalau kita tebuk sedikit dari kapal ini, agar kita tidak menyusahkn orang di atas! Jika mereka semua membiarkan golongan ini dengan kehendak-kehendak tersebut, maka semuanya akan binasa. Jika mereka membimbing tangan-tangan tersebut pasti mereka akan selamat dan semua akan selamat"


resolusinya, ndak x ndak tugas kita sebagai khalifah adalah berdakwah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran agar selamat kita bersama-sama orang di sekeliling kita, dunia dan akhirat..buat kebaikan, ajak orang buat ibadat pun dinamakan dakwah, namun kita xboleh buat satu tinggal satu, amar ma'ruf nahi mungkar kene seiring, ibarat cahaya tidak boleh bercampur dengan kegelapan dan nur tidak boelh bercampur dengan kemaksiatan..

akhir kalam, marilah kita sama2 menghayati hadis di bawah

Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "anjurkanlah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya.”


No comments:

Post a Comment