bismillah walhamdulillah..arghhh..lega bukannya tension..huhu
siasah syariyyah..dinamik atau rigid?
jawapannya ialah dinamik..
salah faham, sume yang Nabi buat kite kene ikut, ape yang Nabi xbuat, bidaah..
ye ke?
jawapannya bukan begitu..
ada pmkrn sahabat harakah islamiyah yang mengtakan kita kene kembali kepada sejarah, Nabi memerintah umat Islam dengan satu je pemerintahan, maknanya zaman kita pun perlu begitu, perlu wujud satu khilafah yang mentadbir semua negara-negara ISlam..sama seperti yang dilakukan NAbi dan khulafa' arrasyidin..
namun, berkata Yusof Qardhawi, 'hampir mustahil untuk wujudkan satu khilafah yang memerintah seluruh negara ISlam'..
kenapa begitu?
kerana kita telah dijajah, negara Islam pun da berpecah-pecah, jadi x ada masalah jika setiap negara ISlam wujud pemerintahan sendiri, namun hala tujunya tetap sama..
ye ke?
iye, ada perkara pada zaman Nabi, Nabi xbuat, tapi saidina Umar buat sebab di situ ada al-musoleh atau kepentingan..
pada zaman Saidina Umar memerintah, Saidina Umar wujudkan kementerian2 yang jaga kebajikan tentera, menguruskan ekonomi dll sebab di situ ada kepentingannya, padahal semasa Nabi memerintah, Nabi xbuat..
contoh lain ialah pemilihan pemimpin, ada yang berpendapat bahawa pilihanraya xsyar'ie sbb dulu NAbi xbuat pun..
memang NAbi xbuat, tapi kita berada di zaman sekarang, so fikirkan al-musoleh pada zaman sekarang..ulama' da berijtihad bahawa kita boleh masuk pilihanraya walau asalnya NAbi xbuat, selagimana tidak bertentangan dengan nas al-Quran dan sunnah yang qat'ie, maka ianya boleh..
berkata Yusof al-Qardhawi bahawa"parti telah wujud di awal kewafatan NAbi SAW"
kisahnya begini, ketika Nabi wafat, ahli keluarga Nabi yang menguruskan jenazah Nabi dan sahabat yang lain berbincang tentang permasalahan negara..kaum ansar mengatakan pemimpin perlu di kalangan mereka kerana mereka penduduk asal madinah, namun kaum muhajirih berpendapat pemimpin perlu di kalangan mereka kerana Islam berasal dari Mekah,' apabila berbincang maka setujulah Saidina Abu Bakar sebagai pengganti..kat sini menunjukkan bahawa parti telah wujud di mana dua puak berbincang tentang sape yang layak diangkat sebagai khalifah..
begitulah bagaimana Saidina Abu Bakar dilantik sebagai pemimpin, bagaimana pula dengan pelantikan Saidina Umar selepas kewafatan Saidina Abu BAkar?..jadi, sebelum Saidina Abu BAkar wafat, baginda telah mencadangkan Saidina Umar menggantikan baginda, maka apabila wafatnya Saidina Abu BAkar, perbincangan memutuskan bahawa Saidina Umar layak sebagai Khalifah..
Masa Saidina Umar pula, baginda tidak mencadangkan Saidina USman, tapi baginda mewujudkan jawatankuasa khusus mengendalikan sape yang bakal menggantikan kedudukan khalifah, maka keputusannya Saidina Usman yang diangkat sbegai pemimpin..
kemudian, apabila Saidina Usman wafat dibunuh, sahabat bertemu dengan Saidina Ali dan terus berbaiah..
makanya, di sini kita dapat lihat bahawa 4 sahabat, 4 cara yang berbeza dalam pemilihan sape yang layak sebagai pemimpin..ini menunjukkan bahawa siasah syariyyah itu bersifat dinamik, boleh berubah-ubah ikut kepentingan pada masa itu..apa yang penting caranya tidak bertentangan dengan nas al-Quran dan keputusannya dalah berdasarkan musyawwarah bukan berdasarkan hawa nafsu..
dari sudut usul fiqh, maslahah terdiri daripada 3:
1)mulghah-diabaikan, yaitu tertolak di mana ada dalil yang qat'ie mengatakan perkara tersebut ditolak; walaupun perkara tersebut mendatangkan kepentingan tapi tetap tidak boleh pakai sebab syarak menolak riba'..sebagai contoh; fahaman kapitalis mengatakan bahawa riba mampu menjana ekonomi negara,tapi riba adalah bertentangan dgn nas al-Quran yang mengatakan riba haram, maka otomatik fahaman kapitalis tertolak walau di situ ada kepentingannya..
2)mu'tabarah-diterima syarak iaitu ada nas yg mengatakan ia diterima
3)mursalah-xde nas yang mengatakan diterima atau ditolak; maka ia bergantung kepada ijtihad sama ada nak pakai atau tidak
oleh itu, apabila pemimpin memilih sesuatu keputusan berdasarkan siasah syariyyah, maka ahli wajib taat sebab keputusan dibuat adalah berdasarkan maslahah bukan berdasarkan hawa nafsu..
kemudian mari kita lihat siasah syariyyah berdasarkan 'uruf; iaitu adat setempat juga boleh dijadikan sandaran
1) berkata Imam Hassan al-Banna,"asal kepada ibadat itu bersifat taabbud", iaitu ibadat mengikut cara Nabi, kalu bab ibadat mesti ada nas, tidak boleh kita mereka-reka..
namun, kenyataan ini pun ada khilaf di kalangan ulama' tentang ibadat yang Nabi tidak buat; adakah kita boleh buat atau jika dibuat adakah dinamakan sebagai bidaah sebab bidaah temoatnya di neraka..tapi imam Hassan al-Banna da tutup pintu ftnah awl2 dengan mengatakan bahawa "jika sesuatu itu disepakati oleh ijma' ulama sebagai mungkar, maka muktamad; tapi kalu ada di antara mereka bercanggah pendapat, maka ia bukan bidaah"
contohnya bab zikir lepas solat; satu golongan tidak buat kerana Nabi x buat, ya mereka betul..golongan kedua pula zikir banyak2 lepas solat; mereka pun betul kerana golongan kedua tidak melihat kepada khusus kaifiat cara Nabi tapi melihat kepada nas yang umum iaitu "zikir kerana mengingati Allah" ..jadi, 2-2 pun betul
2)'uruf atau adat banyak melihat kepada rahsia2, hikmah2 dan maqasid (tujuan)
makanya,
pertamanya, selagimana tidak bertentangan dengan nas yang qat'ie maka ia dibolehkan, jgn nak membidaah-bidaah sape2..
dan keduanya, kita perlu wala' dan taat kepada pimpinan atas apa je dasar atau keputusan yang dibuat, ini adalah asas kepada konsep berbaiah..
sisah syariiyah menjana keintelektualan ummah kerana ia memerlukan kita berfikir tentang strategi, teknik, penyesuaian dengan waqi' semasa dalam menghadapi musuh..berkata
imam malik ketika mengarang kitabnya yang masyhur "al-mu'atoq" bahawa "aku tidak mahu mazhab aku ini menjadi satu-satunya mazhab negara yang dipegang kerana ia boleh mematikan keintelektualan"
kesimpulannya, siasah syariyyah adalah bersifat dinamik, fleksibel, tidak rigid, tidak tetap..
Friday, July 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment