Tuesday, August 4, 2009

PEmutus KEsedapan DUnia

Bismillah Walhamdulillah..

Kuliah Hadis hari ini berkaitan dengan cara yang paling baik, paling berkesan dalam usaha mengelakkan diri daripada memperturutkan hawa nafsu..

hadisnya panjang, main pointnya 'pemutus daripada kesedapan dunia adalah mati, maka jika hendak menghindarkan diri daripada memperturut hawa nafsu hendaklah dengan memperbanyakkan mengingati mati dan azab kubur'..


meremang bulu roma apabila ustaz menyarankan agar kita sebelum berzikir mengingati Allah, datangkan dulu bayangan dan perasaan apabila kita telah mati; dimandikan jenazah kita; dikapankan, ditalkinkan, dimasukkan ke dalam liang lahad dan kemudian perjalanan di alam barzakh..

apakah cukup bekalan kita saat ini; pasti dan pasti jika dicabut nyawa aku saat ini,pasti azab kubur akan memakan diri ini..tanpa disedari bergenang air mataku..terimbas pula suatu ketika aku mengikuti jemaah tharikat; perasaanku sekarang adalah sebagaimana perasaanku saban hari ketika dulu di dalam jemaah itu, seperti aku berada pada situasi sebenar 2 tahun dulu,emm..

kemudian ustaz sambung lagi huaraiannya 'dengan mengingati mati akan memutuskan hawa nafsu daripada kenikmatan dunia', ya betul; ketika aku di dalam tharikat, Guru aku senantiasa mengingatkan bahawa 'awas dan waspadalah jika kita melangkah keluar daripada rumah sedang hati kita bernafsukan dunia, apabila dicabut nyawa saat itu, kta mati dalam keadaan kufur'; jika tidak silap ada hadis yang menyebut demikian..maka, aku sangat-sangat takut akan kematian, akan azab neraka kerana aku sentiasa bernafsukan dunia, makan, belajar, berhias dll..ditambah lagi peringatan Guruku tentang hadis yang bermaksud
'kejarlah dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari'-Guru aku menerangkan bahawa hadis ini menganjurkan kita untuk mengingati mati dan hari akhir, dan apabila kita berbuat demikian yakni mengingangti mati, nescaya kita tiada masa lagi untuk mengingati dunia, baik makan, minum, pakai apatah lagi mengejar harta..kata-kata Guruku ini memberikan kefahaman padaku bahawa jangan ambil dunia kerana dunia memungkinkan kita lalai, adapun anjuran agar mengejar dunia dalam hadis ini adalah sebagai sindiran semata ..maka, aku sangat-sangat-sangat terkesan dan tersentak, takut aku akan kematian kerana tiada bekalku untuk dibawa..


TIBA-TIBA,tersentak saya daripada lamunan seketika, ustaz Osman bagaikan mengetahui apa yang bermain di fikiran saya, katanya "khauf dan raja' perlu seimbang, tidak boleh lebih salah satu daripadanya, jika terlalu lebih khauf (takut), kita akan berputus asa dan jika terlebih raja' (harap), kita akan malas berusaha dan panjang angan-angan".."khauf dan raja' ibarat sepasang sayap, kalau patah salah satu maka akan jatuhlah burung kerana tidak seimbang dan tidak sempurna penerbangan"

dulu saya terlalu taksub, apa saja yang Guru saya katakan saya masukkan dalam hati.. Guru saya selalu membuatkan saya berfikir bahawa hidup ini tidak ada apa erti kerana akhirat la yang kekal abadi..doktrin seperti ini menyebabkan saya sampai satu tahap tidak mahu mengambil isi dunia, tidak mahu belajar ilmu fardhu kifayah, tidak mahu bekerja..kebingungan seperti ini membuatkan hidup saya kucar kacir sehingga memungkinkan saya dibuang Universiti, 5 paper final exam saya tidak pergi..apabila saya usulkan untuk berhenti UTM dan mahu mengikut sepenuh masa pengajian tasawuf, Guru saya membenarkan dan yakin dengan keputusan saya..tambahan pula istikharah bukan saya yang buat tapi Guru saya yang istikharahkan..


padahal ust Syauqi juga pernah berpesan jangan berpegang pada kalam seorang ustaz sahaja, dan ust Syauqi juga ada mengingatkan bahawa tasawuf memang baik tapi tasawuf juga boleh jadi salah satu lubang untuk syaitan masuk menyesatkan kita..emm, tersenyum sekejap kerana betullah aku ni EGO! sehingga mampu mengambil jalan yang paling tidak rasional..terkesan sangat bilamana ada sahabat menempelak, "nti tau tak nti ni EGO!!", fuh, "EGO!!"..huh "EGO!!!"..perkataan pendek ni sangat menusuk hati, hempedu dan saraf bilamana ada yang sanggup menengking aku sedemikian..kemudian dihalaunya aku keluar kerana tidak mendengar dan tidak mahu mengalah; terduduk dan termenung seketika mengenangkan kata-kata yang ditujukan kepada aku tadi..ya, aku memang ego, sebab tu aku tersalah langkah walau da terang diperingatkan..terasa hati aku berkecai, begitu lemah hati aku apabila ditengking, terasa hilang hati daripada dalam dada, lemah semangat, longgar lutut..tapi dengan kata-kata inilah membuatkan aku sedar diri, baru aku tahu aku ini EGO..

kembali kepada bicara tentang taksub: ketahuilah wahai sahabat akan bahayanya taksub; taksub memungkinkan kita tergelincir daripada shirotolmustaqim..bilamana perkara ini terjadi pada saya dan apabila saya tersedar, kembali semula ke jalan yang benar, barulah saya faham bagaimana orang yang ada agama pun boleh masuk ajaran sesat, boleh mengaku ayah pin sebagai nabi, boleh melanggar syariat Allah..mungkin kita ingat kita tidak sekali-kali akan terpengaruh, tapi walau iman sekuat mana pun, kalau da kene penyakit taksub, kita mungkin akan tergelincir juga dari landasan yang benar..peranan lisan apatah lagi ditambah dengan kemahiran psikologi mampu membuatkan kita terpukau ibarat berada di alam khayalan, lalu membenarkan apa sahaja..tapi apa yang pernah berlaku pada saya tidaklah sampai merosakkan akidah, tidak sampai meninggalkan solat..tapi ada juga yang terlanggar batasan; membelakangkan ibu, sahabat, salah faham dalam menafsirkan kehidupan dunia dan akhirat dan membenarkan perkara yang bertentangan dengan syariat walau dalam masa yang sama sedar benda tu salah, tapi mengiyakan saja..



(p/s: 'kejarlah dunia ibarat kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari' : maksud hadis yang sebenar adalah kita dituntut untuk bersungguh dalam bab dunia dan akhirat, dunia adalah ladang akhirat, dunia pun ibadat, jgn slh faham maksud hadis ni sepertimana saya faham darida Guru saya dahulu)

No comments:

Post a Comment