Thursday, August 13, 2009

Kuliah Hadis Hari Ini ; 13 Ogos 09

bismillah, alhamdulillah..

kuliah hadis hari ini rentetan daripada hadis yang telah disampaikan semalam iaitu berkaitan dengan teguran nabi terhadap sifat meminta-minta kerana dengan sifat suka meminta-minta boleh mematikan sifat yang terpuji iaitu sifat qana'ah..

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”

(al-Bukhari)

@<-<-- sukalah kita dalam memberi dan janganlah kita suka dalam meminta..

hadis lain yang dibaca hari ini berkaitan dengan nikmat kesusahan yang mana kesusahan, kesulitan dan kesukaran lebih mudah dihadapi berbanding nikmat kesenangan yang mana sedikit sahaja yang mampu bersabar..

hadis diriwayatkan oleh ABdul Rahman Bin Aus bahawa "suatu ketika kami bersama Rasulullah SAW, kami diberikan bala (kesukaran dan kesulitan) oleh Allah SWT, kami bersabar. Kemudian selepas ketiadaan Rasulullah SAW, kami diberikan kesenangan dan sebahagian besar daripada kami tidak mampu bersabar. Cubaan faqir itu lebih senang dihadapi daripada cubaan menjadi kaya"

memang telah diakui oleh sahabar bahawa ujian faqir lebih mudah dihadapi daripada ujian menjadi kaya yang mana dengan hartalah kebanyakan manusia lalai daripada mengingati Allah dan mengikut suruhan agama, adapun dengan ujian faqir atau kesusahan manusia akan lebih mendekat dengan Allah SWT dengan pengharapan dan kesabaran..

faqir : orang yang tidak ada harta dan tidak cukup keperluan lazim
miskin : orang yang cukup namun tiada lebih..

ustaz Othman ada menyebutkan satu kisah yang menunjukkan mukjizat Nabi SAW..dalam peristiwa perang Ahzab, kaum muslimin dalam kesempitan, tiada makanan sehingga memaksa Nabi dan sahabat berlapar dan mengikat perut dengan batu. Apabila dilihat oelh seorang sahabat maka kasihanlah dia kepada nabi dan teringatlah dia bahawa di rumahnya masih ada segenggam gandum dan seekor kambing, disuruhnya isteri memasakkan makanan agar dapat dijemput Nabi makan bersama. Maka si isteri berpesan kepadasi suami agar jangan ajak amai-ramai kerana bimbang tidak mencukupi..

kemudian dijemputlah Nabi untuk bertandang ke rumahnya untuk menjamu selera, namun apabila Nabi mendapat perkhabaran tersebut, langsung Nabi mengumumkan kepada sekalian sahabat agat bertandang ke rumah si fulan untuk menjamu selera..

dipendekkan cerita, makanan yang sedikit sekadar cukup beberapa orang makan akhirnyacukup untuk semua tetamu yang memenuhi rumah si fulan kerana doa dan mukjizat Nabi ke atas makanan tersebut..

tempat terjadinya mukjizat tersebut masih kekal hingga sekarang yang mana telah didirikan masjid di atas tapak tempat kejadian dan dijadikan tempat budak-budak menghafaz al-Quran. Maka pesan ustaz, apabila kita menziarahi tempat tersebut, hendaklah kita bersedekah sebagai mengambil berkat doa Nabi..

No comments:

Post a Comment