Wednesday, August 12, 2009

Kuliah Hadis hari Ini : Qana'ah

Daripada Hakim bin Hizam r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya harta itu umpama benda yang kehijau-hijauan - yakni enak dirasakan dan nyaman dipandang, juga manis. Maka barangsiapa yang mengambilnya itu dengan jiwa kedermawanan - daripada orang yang memberikannya serta memintanya itu dengan tidak memaksa, tentulah harta itu memperoleh barakah daripada Tuhan, tetapi barangsiapa yang mengambilnya itu dengan jiwa kelobaan - atau ketamakan, maka tiadalah barakah Tuhan dalam harta tadi. Ia umpama seseorang yang makan, namun tidak pernah kenyang.”
(Muttafaq ‘alaih).



bismillah walhamdulillah..hadis hari ini mengisahkan tentang perlunya sifat qana'ah yakni memadai atau merasa cukup dengan apa yang ada..


hadis ini diriwayatkan drp Hakim bin Hizam yang mana dia selalu meminta harta percuma (harta hasil ghanimah : harta rampasan perang, jizyah : harta yang dikeluarkan oleh negara yang berdamai dengan negara Islam dan al-fai'y: harta baitulmal) daripada Nabi apabila nabi membahagi-bahagikan kepada sahabat, apa yang sahabat peroleh akan diperolehnya juga daripada Nabi SAW, dan setiap kali dimintanya akan diberikan kepadanya, sehingga pada satu masa Hakim bin Hizam meminta lagi dan Nabi SAW bersabda kepadanya bahawa harta ini ibaratnya buah-buahan hijau yang sangat manis yakni harta ini sangatlah disukai oleh hawa nafsu dan perlulah diambil akan dia dengan sifat malu dan qana'ah agar tidak dikeji orang sebagai tamak dan loba...

pengajarannya janganlah kita suka meminta dan ada sifat tamak dan loba kerana sifat-sifat ini akan mematikan sifat qana'ah yang dituntut untuk kita bersifat dengannya..


wallahualam

No comments:

Post a Comment