maksud hadis yang lengkap ialah; Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".
kuliah hari agak menyentak, mengejutkan saya daripada keselesaan hidup, memang tidak terlintas pun akan kematian pada minggu ini, alhamdulillah, berkat majlis ilmu saya disedarkan, beginilah kelebihan menuntut ilmu, dapat menyedarkan kita dari lamunan, betullah bahawa jika hati tidak diisi dengan majlis ilmu selama 3 hari, hati akan mati..
dunia: banyak sangat tipudayanya yang mampu mempengaruhi kita; teringat kalam ust Syauqi bahawa
dunia ni hukumnya harus, maka kita boleh mengambilnya, tapi sedikit je jangan berlebihan dan jangan sampai melekat pada hati..sama seperti huraian Ust Osman
"boleh nak berkahwin, beranak, kereta besar, berpangkat, tapi jangan letak semua ni dalam hati;kerana hati kita hanya milik Allah, hati adalah tempat untuk beramal ibadat.."
kesimpulannya: ingatlah mati di hati nescaya boleh menghindarkan penyakit-penyakit hati dan hubbuddunnia..nescaya hati boleh bertawajjuh, menghadap Allah SWT dengan menjunjung apa diperintah dan menjauh daripada apa yang dilarang..dunia ini tempat dan masa kiat mengumpul bekalan, jadi, sebelum tempat bekal ini tamat, maka bersungguh-sungguhlah kita mencari bekal dan tidak lain tidak hanya dengan menginagati mati kita akan termotivasi dan mampu bersungguh-sungguh..
pesanan khusus untuk saya dan umumnya buat sahabat, akhirnya marilah kita sama-sama menjadi orang yang cerdik kerana kelebihan kita dengan akal, gunalah akal buat berfikir,
nabi ada bersabda bahawa orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa banyak mengingati mati dan bersiap menghadapi kematian..
Sabda Nabi SAW "orang yang bijak adalah orang yang banyak menginagati mati dan bersiap untuk kematian"
No comments:
Post a Comment