bismillah, alhamdulillah..
daripada Anas Bin Malek ra bahawa Nabi SAW bersabda,
"sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai matlamat hidupnya, dijadikan Allah kaya akan hatinya dan menghimpunkan baginya segala kerjanya dan datang kepadanya dunia dalam dia terpaksa. Dan barangsiapa yang menjadikan dunianya kuat dipedulikannya daripada akhirat, Allah akan mencampakkan kemiskinan di antara 2 matanya dan Allah swt memecah-mecahkan segala kerja sedangkan apa yang dia dapat daripada dunia barang tidak seberapa" (Riwayat Tarmizi)
huraian ust, amal yang menjadikan sentiasa kaya hatinya ialah dengan beramal sebagaimana yang disuruh Allah, tidak meringankan segala yang difardhukan apabila berhadapan dengan situasi dunia dan menyempurnakannya setiap waktu dan masanya dan menjadikan apa yang difardhukan sebagai yang utama..
agak sukar untuk difahami jika sahabat tidak terbiasa dengan lenggok bahasa melayu klasik seperti ini,
secara mudahnya, kita hendaklah menjadikan akhirat sebagai matlamat, aplikasinya hendaklah kita mendahulukan tuntutan agama, sempurnakan apa yang difardhukan atau yang wajib ke atas kita mengatasi tuntutan keduniaan, inilah dinamakan tidak meringankan apa yang diperintahkan kepada kita..contohnya bab solat, ada hadis menyebut solat yang paling afdhal adalah di awal waktu, maka jika bertembung dengan perkara-perkara lain, kita tetap menjaga solat di awal waktu, tidak dilengah-lengahkan hanya untuk berhibur, makan atau melakukan perkara yang lain..
justeru, jika kita melakukan demikian, nescaya Allah akan menjadikan hati kita kaya, senang-lenang, sukacita walau tiada harta dan Allah akan mengurniakan rezeki dunia dalam keadaan kita terpaksa mengambinya..
dan begitu jualah sebaliknya, orang yang mengutamakan dunia, pandangan matanya serba serbi tidak cukup dan Allah mengucar-kacirkan kerjanya, orang kaya pada zahirnya namun hakikatnya miskin pada hatinya..
kesimpulannya, hendaklah kita bersifat qana'ah dengan dunia, tidak terlalu mengajar dunia hingga akhirat terabai..tetapkanlah matlamat kita kepada akhirat yang kekal abadi, dengan demikian sama ada di tangan ada harta atau tidak, hati tetap kaya, inilah hakikat kaya yang sebenarnya..wallualam
p/s ; teks hadis di atas saya dapat daripada kuliah hadis, hadis yang dibaca oleh ust Othman Napiah menggunakan kitab yang tidak saya tahu akan namanya..
teks hadis di bawah saya dapat daripada internet, dan teks2 hadis yang saya post sebelum ini pun daripada internet kerana kadang-kadang tidak sempat saya salin teks hadis yang ust baca dengan lengkap, tapi huraiannya tetap daripada ust..
"Sesiapa yang mengutamakan akhiratnya, Allah akan memelihara urusannya dan memurahkan hatinya, sehingga dunia dan kemewahannya datang bergolek tanpa dikejar. Dan sesiapa yang mengutamakan dunianya, Allah akan memporak-perandakan urusannya serta ditampakkan kepapaan di hadapan matanya, sedangkan dunia dan kemewahannya tidak akan mendatanginya, melainkan sekadar apa yang ditentukan Tuhan saja" (Riwayat Tarmizi).
di sini dapat kita lihat 2 cara penulisan yang berbeza, mungkin besar kitab yang digunakan ust Othman telah berzaman dan gaya bahasanya mungkin melayu klasik..dulu sukar saya nak memahami apa yang ust sampaikan di dalam kuliahnya, tidak tahu bagaimana nak menyalinnya kerana bahasanya tidak saya fahami..namun, bila telah lama dan terbiasa, seakan tulisan dan gaya bahasa saya pun da jadi macam melayu klasik...sekadar selingan..
Friday, August 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment