Tuesday, August 11, 2009

Kuliah Hadis 11.8.09

Dari Amr bin 'Auf, Rasulullah saw tersenyun ketika melihat para sahabat,kemudian bersabda:''Aku kira kalian sudah mendengar kedatangan Abu Ubaidah dari Bahrain dengan membawa sesuatu'', mereka menjawab:''Benar wahai Rasulullah'',Sabdanya:'' Bergembiralah kamu dan berharaplah kamu pada sesuatau yg menyenangkan kamu.Demi Allah aku tidak mengkhawatirkan kemiskinan kamu, tetapi yg aku khawatirkan terhadap kamu adalah bila dunia ini dibentangkan kepada kamu seperti apa yg dibentangkan kepada umat sebelum kamu,lalu kamu saling berebut seperti mereka dulu berebut sehingga kamu binasa seperti mereka binasa.[Ibnu Majah}.

bismillah, alhamdulillah..

hadis ini mengisahakan Abu 'Ubaidah yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW ke negeri BAhrain (Iraq, dinamakan Bahrain kerana berada si antara 2 lautan) untuk mengutip jiziyah atau hasil negeri. Berita kepulangan Abu 'Ubaidah ke MAdinah membawa harta yang banyak telah diketahui oleh sahabat-sahabat dan kemudian seperti dalam hadis, nabi melahirkan kebimbangan baginda akan bahaya harta keduniaan yang memungkinkan umat kita binasa seperti umat terdahulu..


kebiasaan orang miskin akan resah, keluh kesah, tiadak redho, berputus asa, menuduh Allah tidak adil dab berlaku zalim ke atas dirinya kerana tidak melapangkan rezeki buatnya..sehingga mungkin sampai mencuri dan menipu harta orang lain atau mencari rezeki yang haram dan menjadi kaya dengan yang haram..

adapun orang yang kaya, mereka kebiasaannya akan memperturut hawa nafsu, membesarkan diri dan bersungguh-sungguh mencari kekayaan sehingga lupa akan Allah, mereka ini apabila diberi kekayaan maka mereka lupa diri..


@-<-<--
jadi, di manakah matlamat kita? mahu masuk syurga dengan menjadi kaya atau menjadi miskin? hidup dalam kekayaan lebih indah daripada hidup dalam kemiskinan, tapi awas jika kita bercita-cita akan kekayaan, takut-takut kita dibinasakan seperti umat terdahulu seperti Firaun, Qarun..namun, jika bercita-citakan akan hidup miskin, fakir juga menghampiri kepada kekufuran.. oleh itu, marilah kita menjadi orang yang beriman sebenar-benar iman agar jika kita menjadi kaya atau miskin kita menjadi orang yang diredhai Allah..orang yang mempercayai hukum hakam Allah dan beramal dengannya serta beriman kepada Allah, kaya atau miskin tiada bezanya, tiada masalah..

kesimpulan Ust Osman terhadap hadis hari ini ialah

orang kaya boleh masuk ke syurga sekiranya dia bersyukur dan beriman kepada Allah

orang miskin boleh masuk ke syurga jika dia bersabar dan redho

orang kaya boleh masuk ke neraka jika dia tiadak bersyukur dan terus memperturutkan hawa nafsu

orang miskin boleh masuk ke neraka sekiranya dia tidak redho dan bersungut akan ketetapan Allah terhadapnya


dunia ini harus, ambillah sekadarnya sahaja..

No comments:

Post a Comment