Tuesday, August 4, 2009

Banyak Ketawa--> Akhlak buruk--> hilang Thiqah

Bismillah, alhamdulillah..


mari saya bercerita, mudah-mudahan menjadi pengajaran dan jalan penyelesaian bersama..sejak dulu, saya cuba untuk mengelak daripada terlalu rapat dengan sahabat, kerana bila demikian, saya akan menonjolkan siapakah diri saya yang sebenar..namun, bergerak kerja menuntut untuk saya bersama-sama dengan sahabat seperjuangan, tido, makan dan bekerja bersama-sama..maka jadilah saya sebagai diri saya yang sebenar..



justeru, ramailah sahabat mengeluarkan fakta bahawa sebelum kenal dengan saya, mereka ingat saya seorang yang sombong dan serius, namun apabila kenal lebih dekat, saya ibarat langit dengan bumi dengan apa yang mereka tafsirkan dahulu..emmm, teruknya peribadi aku..



maka, apabila saya bersendirian, berfikirlah saya bahawa saya perlu mengubah diri, perilaku, tuturkata, pendek kata akhlak yang buruk kepada yang lebih baik..sahabat dan adik-adik sudah hilang thiqah dengan saya..



pernah saya meluahkan pada seorang sahabat bahawa saya tidak suka dengan diri saya, saya tidak suka terlalu rapat dengan sahabat-sahabat kerana saya akan menjadi diri sendiri..diri saya penuh dengan sifat yang tidak baik; suka ketawa, suka menyakat, huu-haa dan apabila begini, saya jadi lalai dalam kehidupan seharian, amalan tidak terurus, hati rasa kotor dan sebagainya..jadi, sebagai tindakannya saya menjauh dan lebih suka berseorang..namun sahabat menidakkan tindakan saya..ada yang cakap,

"setiap orang berbeza sifatnya dan kita kene raikan; dia cakap tiada masalah pun dengan sifat saya yang sedemikian, mereka lebih suka saya yang sebenar.."

ada juga yang berkata, "awak tidak perlu berubah, jadilah sebagaimana diri sendiri, jangan jadi hipokrit.."

ada yang berkata 'kak yati lebih berHATI sekarang berbanding dulu", maksudnya dulu kami tidak rapat, tidak banyak bicara, dan apabila banyak masa bersama-sama, seperti sudah kenal berzaman, dia lebih senang dengan saya sekarang.."

"kita tidak boleh terlalu skema, nanti mad'u atau adik-adik susah nak masuk, nanti mereka tidak berminat dengan usrah kita.."


lama saya berfikir, betul nasihat sahabat-sahabat, dulu saya membawa diri jauh-jauh sehingga mereka takut nak dekat..


betul cakap sahabat, menjauh dan bersendirian bukan penyelesaiannya; tiba-tiba tukar sifat itu adalah hipokrit, di luar nampak baik, tapi hakikatnya berbeza..

namun bila saya rasa ibadat kurang sempurna kerana hati yang sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa dan banyaknya berkata-kata, saya berfikir dan terus berfikir..TIDAK!! kita perlu berakhlak dengan akhlak yang mulia, huu-haa bukan akhlak yang baik..banyak ketawa menyebabkan kita datang kepada solat dalam keadaan hati yang lalai, sedang Allah memandang kepada hati bukan kepada zahirnya..walau ibadat banyak mana pun tapi jika hati tidak khusyuk pun tidak menambah ketaqwaan juga..



jadi, penyelesaiannya bagaimana pula??aduih, pening juga, nak teruskan jadi diri sendiri, bukan jawapannya yang betul sebab ada juga yang menegur.." saya suka kak yati yang dulu, pakai pakaian pudar-pudar, selalu pakai jubah, lebih terjaga.."

dan saya terkesan bilamana anak usrah saya menanyakan apakah cara saya nak bawak dia dalam usrah kerana sekarang dia telah nampak jemaah yang manakah dia akan berintima'..kalu dulu usrahnya ada dua, satu dengan saya dan satu dengan jemaah yang satu lagi..usrah sana lebih menekankan soal ruhhiyah, dia rasa dapat something yang sangat berharga bila selesai usrah..dan usrah dengan saya lebih kepada makan-makan, jogging sama-sama, tidur sama-sama, pegi kuliah sama-sama dan pengisian sekadar tadabbur al-Quran, cerita pasal dakwah, membosankan dan rasa nothing..nampaknya anak usrah saya memilih saya, tapi bimbang di hatinya takut-takut saya tidak mampu mentarbiyahnya..



emm, berfikirlah saya bagaimana mungkin saya nak mentarbiyah anak usrah saya yang seorang ini sedang saya sendiri tidak terdedah dengan method demikian..

kemudian, saya mendapat jawapan daripada RAIS yang sangat saya hormati, kata-katanya sering saya simpan dalam hati..RAIS berkata faktor kemanduman usrah kita adalah kerana naqib kurang tarbiyah diri, mana mungkin nak sentuh hati adik-adik kalau hati sendiri kotor, mana mungkin adik-adik nak soalt jemaah kalau naqib pun suka solat sendiri, mana mungkin adik-adik rajin bangun qiam kalau naqib sendiri pun abaikan..


kesimpulannya..'saya perlukan penghijrahan yang benar, perlu betul cara dan pelaksanaannya'..banyak ketawa mematikan hati, banyak berkata-kata boleh menambahkan dosa dan memungkinkan kita MUFLIS di akhirat kelak; kerana mungkin dengan kata-kata kita emnaykitkan hati sahabat; mungkin dengan banyak berkata-kata kita akan menjurus kepada mengumpat; mungkin dengan banayk berkata-kata kita akan memutuskan silaturahim..

memang benarlah hadis Nabi bahawa lebih baik diam daripada berkata-kata dan diam itu adalah ibadat yang paling ringan..


dan takutlah kita semua daripada menjadi orang yang muflis sebagaimana ada hadis Nabi yang mengatakan mereka yang muflis di akhirat kelak ialah mereka yang membawa banyak pahala dek ibadat yang banyak (sembahyang, zakat, puasa, sedekah) namun sedikit demi sedikit pahala mereka berkurangan kerana diberi sebagai bayaran kepada orang yang dimaki hamunnya, difitnahnya, dimakan hartanya, disakitinya ,sehingga habis semua pahala kebaikannya; dan kemudian pula dosa orang yang dizaliminya tadi diletakkan pula atas tanggungannya dan akhirnya dia dicampak ke dalam neraka kerana lebih banyak dosa sedang pahala sudahlah habis..


inilah cerita orang yang muflis yang sebenar-benar muflis..maka, sebagai pengajarannya; hendaklah kita baik perilaku, tutur kata..


jadi, jawapannya "saya memang perlu berubah, sifat kita adalah peribadi kita dan ia adalah berkaitan dengan akhlak"..jika akhlak buruk, bagaimana mad'u boleh nak dengar nasihat, maka akhlak berkait dengan thiqah; thiqah penting untuk keberkesanan dakwah..banyak ketawa bukan sifat orang yang beriman, kerana banyaknya ketawa boleh lalaikan hati daripada mengingati Allah..


termenung sendiri di mana perlu bermula..perlukah sekali lagi saya berhijrah selepas saya berhijrah daripada hijrah yang asal??
ya, perlu!


sahabat, marilah kita sama-sama berhijrah, marilah kita saling ingat-mengingati..lahirnya jemaah lain buat muhasabah kepada jemaah kita, kenapa mereka lebih kuat sedang kita semakin lemah..mereka nampak lebih beriman sedang kita nampaknya semakin lalai..jangan sampai mad'u kita lari kerana diri kita..peringatan buat diri saya khususnya dan sahabat umumnya agar sama-sama kita muhasabah, tingkatkan tarbiyah diri dan mujahadah untuk kemandirian jemaah demi keberlangsungan dakwah yang sedang kita bawa ini..paling utama marilah sama-sama kita "STRIVE FOR MARDHOTILLAH"

1 comment: